Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Tahun 2010 bakal menjelma. Kalau masuk sahaja tahun baru, azam pun mesti la kena baru. So, azam aku tahun nie tak banyak pun. Aku cuma nak lebih berusaha dalam pelajaran di samping kurangkan ponteng kelas. haha.

Selain itu, aku berharap semoga aku dapat kurangkan aktiviti yang tak berfaedah.

Antara perkara yang menarik yang akan berlaku pada tahun 2010 ini tentunya World Cup 2010. Walaupun aku agak kecewa Malaysia tidak dapat menyertai World Cup pada tahun ini, tapi aku masih berharap pada suatu hari nanti Malaysia akan dapat menyertai World Cup ini. Pada World Cup yang akan berlangsung tidak lama ini, aku dapat merasakan pasukan Spain mempunyai peluang yang besar untuk menjuarai World Cup pada tahun ini. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja.