Sunday, September 6, 2009

Salam Ramadhan...


Salam...rasa dah lama tak post kat blog nie. Walaupun bulan ramadhan telah sampai ke pertengahannye. Ak tetap ingin mengucapkan Selamat menjalani Ibadah puasa. Perbanyakkanlah amalan di bulan puasa nie kerana belum tentu lagi kita dapat merasa bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Sesungguhnya pada bulan Ramadhan ini terdapat pelbagai kelebihan di antaranye bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang penuh Barakah.


Pada bulan ini juga pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar. Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat

Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
  • Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
  • Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama

Dipetik dari blog Disertasi.